Bot Fiber

Bot fiber adalah nama pena atau sekarang dalam komunikasi maya dikenali sebagai blogger. Sebagaimana difahami kebanyakan khalayak massa bahawa bot fiber adalah bot yang digunakan pakai ramai nelayan pinggiran pantai yang mencari nafkah, sebagai satu jalan peyambung kehidupan di muka bumi, sebagai satu prasarana rekreasi minda di lautan mahupun sungai dan tasik. Namun suatu hakikat yang tersirat, bot fiber adalah suatu nikmat bagi golongan marhaein. begitulah diri hamba, ini, masih kerdil dalam menghasilkan bahan-bahan ilmiah, apatah lagi untuk meuar-uarkan hasil tulisan dan pemikiran. Bot fiber tidak mampu membelah samudera luas, hanya badai yang ditiup angin sepoi bahasa mampu diharungi. Musim tengkujuh yang tiba menyebabkan bot fiber tersadai di muara, begitu jualah dengan diri hamba adakalanya nota yang terkini tidak dapat dimuatkan, bahan-bahan sejarah 2 adakalanya tidak 'diupdate' , maka itulah kelemahan bot fiber yang ada bersarang. Cume bot fiber rasa terpanggil untuk merangkak dalam alam maya, berkomunikasi dengan khlayak walaupun dalam tergagap dan terketar-ketar. Bot fiber memohon kehadrat Ilahi agar apa yang bot fiber persembahkan nanti adalah kerana Allah, Berkhidmat Kerana Allah Untuk Negara Bangsa, bermohon kehadrat Ilahi agar diberikian petunjuk dan hidayat serta kekuata minda dan fizikal untuk terus melayari bot fiber di lautan maya ini...amin sehingga bersua kembali...